Sunday, October 19, 2014

Pelajar Jepun

Assalamualaikum w.b.t. Semakin lama kite hidup semakin banyak yang akan kita tempuhi dan lalui. Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar, saya dapat merasakan perubahan yang sedang berlaku dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang pelajar yang belajar di negara asing(jepun), saya rasa sesuatu yang agak mustahil untuk seorang pelajar lain (pelajar malaysia) mendapat pengalaman berada jauh dari agama dan bangsa sendiri. Jika dilihat dari sudut persekitaran atau suasana pembelajaran di negara jepun, pelajar disini saya anggap sebagai pelajar yang sangat pasif jika dibandingkan dengan pelajar malaysia. Bagi saya, suasana ini tidak lah begitu elok dan saya juga mungkin akan terikut-ikut rentak cara pembelajaran mereka(pelajar jepun). Pensyarah-pensyarah disini juga turut menekankan cara pembelajaran atau altitud pelajar jepun untuk menjadi lebih terbuka dan berkomunikasi dalam kelas. Mengikut pemerhatian saya disini, pelajar jepun lebih bersikap tertutup dan tidak berkawan. Dalam kos atau jurusan saya, jumlah pelajar disini seramai 100 orang dan 3 daripadanya adalah perempuan. Daripada jumlah pelajar yang lebih kurang 100 orang itu, wujudlah beberapa kumpulan kecil antara 5 hingga 10 orang. Kumpulan-kumpulan kecil ini hanya berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut sahaja. Lebih menghairankan adalah selama saya berada 2tahun 6bulan di jepun, pelajar disini tidak kenal malah nama sekalipun tidak tahu walaupun mereka berada dalam kelas yang sama dan dalam waktu yang cukup lama(2tahun6bulan). Jumlah pelajar asing dalam kelas saya hanya 4 orang iaitu 1 korea 2 china dan 1 melayu dan 95 orang yang lain adalah jepun. 5 bulan pertama saya disini sangatlah bersendiri tanpa kawan yang boleh berbual panjang. Yang ada cumalah kawan jepun yang hanya menunduk kepala apabila berselisih. Mereka langsung tak berani untuk bertegur orang luar macam saya kerana mungkin mereka lemah berbahasa english dan mereka tak mengetahui saya boleh bertutur japanese. Kebanyakan antara mereka sangat lemah berbahasa english sebab beberapa sebab, mungkin cara pembelajaran dan pengajaran sndri atau mindset pelajar. Tp diri sediri pun takada la hebat pun english.